GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
79 garis panduan SENI VISUAL Kandungan seni visual merangkumi paparan dan tontonan melalui pelbagai platform seperti media arus perdana, media cetak atau media sosial. Media sosial adalah satu bentuk media baharu yang digunakan secara dalam talian yang mewujudkan interaksi antara penyedia kandungan dan masyarakat secara interaktif melalui platform seperti blog, forum, rangkaian sosial dan dunia maya (contoh: Facebook, Instagram dan lain-lain). b. Objektif Matlamat kandungan seni visual adalah sebagai salah satubentuk apresiasi seni, penyampaianmesej, medium dakwah yang paling berkesan dan menjadi sebaran capaian maklumat yang terkini kepada masyarakat. c. Impak Pematuhan Kandungan Seni Visual dapat memberi manfaat dari sudut penyampaian informasi terkini danmenyumbang kepada pembangunan fikiran masyarakat yang berintelek tual tinggi dan beradab sopan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=