GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
78 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA Garis panduan seni visual terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama: • Konsep Seni Visual Merujuk kepada definisi kandungan kreatif yang terbahagi kepada seni visual dan penggunaanmedia sosial secara istilah dan skop kandungan. • Tatacara Kelola Merujuk kepada peraturan dan etika serta larangan yang berkaitan seni visual yang perlu dipatuhi. • Pengesyoran Tambahan Merujuk kepada saranan, cadangan dan nasihat bagi menambah baik pengurusan kandungan seni visual. 10.1 KONSEP KANDUNGAN a. Definisi Seni visual bermaksud satu bentuk ekspresi seni dan karya kreatif yang dapat merangsang deria lihat, emosi dan pendengaran seperti video, fotografi, grafik, drama, montaj, filem, imej, animasi, ilustrasi dan lukisan. Seni visual boleh berbentuk penyampaian maklumat, promosi, mesej, kesedaran awam, dokumentari, muzik video, dan pengiklanan. GARIS PANDUAN SENI VISUAL
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=