GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
73 garis panduan SENI PERSEMBAHAN e. Penganjur mestilah memastikan penonton dan artis tidak berkelakuan liar seperti membuka pakaian yang boleh menjatuhkan maruah individu dan organisasi. 9.3 PENGESYORAN TAMBAHAN 9.3.1 Adab Dalam Penganjuran Program a. Setiap persembahan disarankan dimulai dengan bacaan al-Quran, doa dan persembahan diakhiri dengan bacaan selawat. b. Pemakaian lagu-lagu rasmi digalakkan dan mengikut kepada kesesuaian program yang dianjurkan. c. Lirik lagu persembahan hendaklah bersesuaian dengan tema majlis atau program, sebagai contoh lagu konvokesyen adalah berkaitan dengan ilmu, akademik dan yang berkaitan. d. Memelihara sensitiviti agama, budaya dan bangsa serta tidakmenjatuhkan imej dannilai kemanusiaan. e. Dilaksanakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam. f. Karya seni digalakkan untuk mengangkat sifat perpaduan dan sifat kebersamaan pelbagai kaum dan bangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=