GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

72 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA 9.2.9 Penampilan dan Tatarias a. Penampilan artis mestilah patuh syariah, sopan dan beradab, tidak terdedah kepada eksploitasi penonton, dan sesuai dengan budaya masyarakat setempat. b. Tatarias dan dandanan rambut yang berlawanan jantina adalah tidak dibenarkan dan hendaklah tidak berlebih-lebihan dalam hiasan aksesori dan solekan. c. Penata rias mestilah mengikut batas syariah dan imej yang tidak berlawanan dengan jantina. 9.2.10 Adab Menonton Persembahan a. Kedudukan penonton antara lelaki dan perempuan mestilah teratur dan tertib supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. b. Percampuran antara lelaki dan perempuan semasa menonton perlu dijaga dan menepati syariat Islam. c. Pakaianpenontonperlu kemas, sopandanmenutup aurat serta menepati kehendak masyarakat setempat. d. Penonton dilarang membawa barangan terlarang seperti senjata, dadah, arak, rokok dan ubat-ubatan terlarang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=