GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

71 garis panduan SENI PERSEMBAHAN d. Lirik mestilah tidak berbaur dan menggunakan metafora yang boleh dianggap lucah, mengandungi ciri-ciri maksiat, pemujaan kepada makhluk dan peribadi seseorang dan mempunyai unsur penghinaan, cacian, fitnah serta merendah-rendahkan peribadi seseorang. 9.2.7 Peralatan Muzik a. Peralatan muzik hendaklah digunakan seperti yang telah diharuskan oleh syarak tetapi tidak boleh digunakan untuk mengiringi bacaan al-Quran. b. Peralatan muzik juga tidak boleh digunakan untuk mengiringi sebarang program yang diadakan di dalam dewan solat, serambi dan kawasan sekitar masjid serta surau demi mengelak dari timbul fitnah dan suasana hingar dan tidak tenteram di masjid dan surau. 9.2.8 Pemilihan Artis dan Keperibadian a. Pemilihan artis haruslah menepati peribadi yang mulia, akhlak yang baik serta kesopanan yang menyenangkan masyarakat dan sentiasa mengekalkan ciri-ciri tersebut walaupun berada di luar kawasan persembahan. b. Artis yang dipilih mestilah tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah sama ada undang- undang syariah dan sivil supaya artis yang dipilih benar-benar ikon yang disegani.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=