GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
70 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA d. Gerak tarian mestilah tidak bercampur antara lelaki dan perempuan untuk mengelakkan dari timbulnya fitnah atau memberahikan walaupun dipersembahkan oleh pasangan yang sah atau bersama mahram. e. Gerak dan persembahan tari tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama, budaya dan adat sesuatu masyarakat di dalam Malaysia ataupun di negara-negara luar. 9.2.6 Lagu dan Lirik a. Lirik mestilah tidak mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang penuh bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan untuk memelihara kesucian al-Quran dan hadis. b. Penggunaan lirik secara kaedah petikan ( Iqtibas ) daripada ayat-ayat suci al-Quran dan hadis adalah dibenarkan dengan syarat tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis secara lengkap. c. Lirik mestilah mengandungi kata-kata yang baik, nilai-nilai murni serta memberi kesedaran kepada masyarakat dan dapat melestarikan adab dan kesopanan sesuatu bangsa. Iqtibas merujuk kepada perbuatan memetik sebahagian daripada al-Quran atau hadis, lalu disertakan dalam satu prosa atau syair. [Sumber: Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, (2015). Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM)] Info Tambahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=