GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

68 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA g. Tidak mengandungi unsur-unsur keganasan, menimbulkan trauma, gangguan emosi yang tidak sihat. h. Melakonkan watak yang menyerupai jantina yang berlainan tidak dibenarkan sama sekali. 9.2.3 Persembahan Nyanyian a. Tiada unsur-unsur ritual, pengucapan serta penggunaan simbol atau tanda secara langsung atau tidak langsung yang boleh menjurus kepada perlanggaran akidah dan melanggar syariah. b. Berinteraksi dengan penonton secara sopanmelalui perkataan dan perbuatan dalam keadaan terkawal serta tingkah laku yang tidak liar dan melampaui batas. c. Pengkarya seni mestilah berkeadaan sihat fizikal, mental dan emosi semasa membuat persembahan. Pengkarya seni juga mestilah berpenampilan kemas, tidak melakukan aksi-aksi lucah, erotik dan tidak bermoral sesuai dengan semua lapisan umur. 9.2.4 Persembahan Muzik a. Persembahan muzik mestilah menjurus kepada suasana positif, menimbulkan ketenangan dan membangkitkan semangat yang baik serta tidak menjurus ke arah unsur-unsur negatif.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=