GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
66 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA h. Tiada percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita bukan mahram yang boleh mendorong kepada perbuatan dan suasana tidak bermoral dalam kalangan penonton, pengkarya seni dan yang berkaitan dengannya demi menjaga kesusilaan agama dan budaya. i. Berlebih-lebihan dalam penganjuran program persembahan atau hiburan yang boleh mendorong kepada pembaziran. j. Persembahan yang melibatkan wanita di khalayak ramai seperti tarian, kesenian, suara dan yang sama tara dengannya hendaklah patuh dengan syariat Islam dan menjaga adab dalam persembahan k. Busana atau pakaian yang dikenakan hendaklah bersesuaian dengan persembahan, menutup aurat, tidak mencolok mata, tidak menampakkan susuk tubuh dan warna kulit serta menghormati budaya setempat. l. Tidak mengeksploitasi karya orang lain dan menimbulkan sebarang spekulasi buruk sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang. 9.2.2 Persembahan Seni Teater dan Seni Sastera a. Tiada unsur-unsur ritual, pengucapan serta penggunaan simbol atau tanda secara langsung atau tidak langsung yang boleh menjurus kepada perlanggaran akidah dan melanggar syariah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=