GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

65 garis panduan SENI PERSEMBAHAN 9.2 TATACARA KELOLA 9.2.1 Penganjuran Program Seni a. Persembahan seni yang dilaksanakan hendaklah bersifat mendidik, memberi manfaat dan sesuai dengan budaya Malaysia dan semua lapisan umur. b. Persembahan mestilah tidak melalaikan dan diharamkan dalam Islam serta mendorong ke arah perbuatan maksiat. c. Tiada unsur-unsur ritual, penggunaan simbol atau tanda secara langsung atau tidak langsung yang boleh menjurus kepada perlanggaran akidah dan melanggar syariah. d. Pemilihan masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh sensitiviti agama Islam dan budaya masyarakat setempat. e. Menghormati azan dan waktu solat dengan menghentikan seketika sebarang aktiviti berkaitan seperti raptai, persembahan dan sebagainya. f. Tidak memburukkan institusi Diraja, pemimpin negara dan masyarakat, tokoh agama serta pengurusan universiti. g. Penganjuran persembahan mestilah tidak bersifat provokasi agama, perkauman dan politik yang boleh menimbulkan kekacauan dan permusuhan serta membawa kepada gangguan ketenteraman awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=