GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

63 garis panduan SENI PERSEMBAHAN b. Objektif Memaparkan mesej-mesej kemanusiaan, kelestarian seni tradisi, berdakwah dalam acuan hiburan dan menyampaikan mesej positif selari dengan konsep ilmu naqli dan aqli yangbersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat. c. Impak Pematuhan Mendidik masyarakat menjadi insan yang lebih baik, lebih halus akal budinya, lebih hampir kepada Maha Pencipta dan berfikiran kreatif di luar kotak tanpa meninggalkan tuntutan syariah. 9.1.2 Seni Muzik a. Definisi Seni pentas merupakan satu cabang seni yang disusun secara sistematik dan berkualiti merangkumi irama, melodi, harmoni dan ekspresi serta bunyian, suara, alat muzik dan bunyian alam semula jadi. b. Objektif Membimbing pengkarya seni khususnya dalam bidang muzik memberi sesuatu yang berguna, tidak melanggar hukum syariah, berdaya kreatif mengikut acuan Islam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=