GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

62 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA Garis panduan seni persembahan terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama: • Konsep Seni Persembahan Merujuk kepada definisi seni persembahan yang terbahagi kepada seni pentas, seni muzik dan sesi sastera secara istilah dan skop persembahan. • Tatacara Kelola Merujuk kepada peraturan dan etika serta larangan yang berkaitan seni persembahan yang perlu dipatuhi. • Pengesyoran Tambahan Merujuk kepada saranan, cadangan dan nasihat bagi menambah baik pengurusan seni persembahan. 9.1 KONSEP SENI PERSEMBAHAN 9.1.1 Seni Pentas a. Definisi Seni pentas merujuk kepada semua manifestasi artistik yang dicipta, digubah dan dikembangkan untuk dipentaskan di hadapan khayalak secara langsung atau tidak langsung secara berkumpulan atau solo berukuran kecil atau besar seperti teater, tarian, nyanyian dan persembahan muzik. GARIS PANDUAN SENI PERSEMBAHAN

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=