GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
56 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA b. Penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kegusaran, serta tidak menyinggung perasaan pembaca dan pendengar. c. Hendaklah mengelak daripada menggunakan gaya penulisan yangmempunyai konotasi negatif seperti bahasa kesat, mencaci, lucah, provokasi melampau dan yang setara dengannya. 8.2.8 Kelulusan Terbit a. Manuskrip/teks penulisan atau yang setara dengannya perlu mendapat pengesahan dan kelulusan Ketua Jabatan sebelum diterbitkan. 8.3 PENGESYORAN TAMBAHAN 8.3.1 Umum a. Mestilah memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi tumpuan kepada kepentingan ilmu kepada masyarakat dan negara. b. Mestilah mempunyai ciri yang membina minda, memberi panduan dan memberi manfaat kepada masyarakat. c. Kreativiti reka bentuk mempunyai maksud yang jelas, mudah difahami dan mempunyai daya tarikan pembaca.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=