GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
55 garis panduan penerbitan seni Tulisan ayat-ayat al-Quran di dalam penerbitan bukan agama tidak dibenarkan kecuali terjemahannya. Ayat-ayat al-Quran juga tidak boleh diterbitkan dalam tulisan rumi. (Merujuk perkara 4.1, Garis Panduan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [AKTA 301]). 8.2.6 Ilustrasi atau Gambar a. Ilustrasi atau gambar yang digunakan di dalam penerbitan mestilah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh menimbulkan provokasi, kontroversi, lucah, pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan yang setara dengannya. b. Tidak memaparkan ilustrasi atau gambar yang menyentuh sensitiviti dan menimbulkan salah faham terhadap agama, institusi Diraja, individu, organisasi/kumpulan, ajaran atau mana-mana fahaman. c. Ilustrasi atau gambar mestilah diambil daripada sumber yang sahih dan mendapat pengesahan kebenaran daripada pemilik atau pihak autoriti bahan tersebut. 8.2.7 Bahasa dan Penulisan a. Penggunaan ciri-ciri bahasa hendaklah yang baik, jelas, beradab, mempunyai nilai penghormati serta mencerminkan keperibadian mulia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=