GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

54 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA 8.2.3 Agama Islam a. Penggunaan ayat al-Quran atau hadis di dalam penerbitan mestilah mengandungi teks asal dan terjemahan yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri. b. Rujukan Islam (al-Quran, Hadis, pandangan Ulama dan fatwa) mestilah menggunakan sumber-sumber yang sahih dan diperakui oleh pihak berkuasa agama seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jawatankuasa Panel Syariah USIM, pakar bidang yang dilantik atau jawatankuasa yang setara dengannya. c. Tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur pengamalan dan pembudayaan karut (Isra’iliyyat) iaitu cerita-cerita palsu yang dimasukkan ke dalam tafsir dan hadis yang sumbernya daripada Yahudi dan Nasrani. (Merujuk kepada perkara (f), Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam JAKIM 2015). d. Penerbitan bukan Islammerujuk kepada penerbitan agama selain daripada Agama Islam dilarang menggunakan istilah-istilah khusus agama Islam iaitu Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah kecuali bagi menerangkan istilah-istilah berkenaan. (Merujuk perkara 4.1, Garis Panduan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [AKTA 301]).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=