GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
53 garis panduan penerbitan seni b. Tidak dibenarkan mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam, moral dan tatasusila seperti unsur-unsur lucah, hasutan politik dan penghinaan kepada institusi Diraja, agama, individu, ajaran atau mana-mana fahaman. c. Rakaman suara atau bunyian mestilah tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh menimbulkan gangguan emosi, mental atau menyebabkan keruntuhanmoral yang bolehmenyalahi perbuatan danmerosakkan akhlak individu atau berkumpulan. d. Tidak menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam iaitu perkara-perkara yang boleh memudaratkan, ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan atau yang mungkin menggemparkan dan menggusarkan fikiran orang ramai dan berlawanan dengan mana-mana undang-undang ( Merujukperkara3.1, AktaMesinCetakdanPenerbitan 1984 [AKTA 301]. 8.2.4 Penulis dan Pengkarya a. Penulis/Pengkarya mestilah kalangan mereka yang tidak menimbulkan kegusaran awam dan kontroversi kepada masyarakat. b. Penulis/Pengkarya tidak dibenarkan menciplak dan perlu mengelak unsur-unsur plagiarisme dalam penghasilan karya dan perlu bertanggungjawab kepada undang-undang berkaitan hak cipta.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=