GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

52 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA b. Penerbitan Elektronik merangkumi semua bahan penerbitan yang boleh diakses menggunakan peralatan atau peranti elektronik seperti e-buku, cakera padat, pemacu pena atau yang setara dengannya. 8.2 TATACARA KELOLA 8.2.1 Kesesuaian a. Kandunganpenerbitanmestilahmelalui tapisandan menggambarkan maksud kandungan penerbitan. b. Tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan ras. 8.2.2 Muka Depan dan Belakang a. Rekaan grafik mestilah tidak memaparkan unsur-unsur kontroversi yang menyokong lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ), lucah, Freemason dan yang setara dengannya yang menimbulkan kegusaran masyarakat Islam. b. Tulisan atau kapsyen muka depan dan belakang mestilah tidak menimbulkan kontroversi dan bersifat populis yang keterlaluan dan memenuhi kehendak pasaran semata-mata. 8.2.3 Isi Kandungan a. Kandungan penerbitan mestilah mengandungi idea, inti pati dan isi pemikiran yang bertepatan dengan syariat Islam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=