GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
45 e. “Nyanyian” bermaksud aktiviti persembahan vokal dan gubahan suara yang dilagukan. Ucapan atau perkataan dalam nada muzik untuk menyampaikan lagu. f. “Patuh Syariah” bermaksud mentaati perintah, peraturan, hukum berasaskan kefahaman atau memahami sesuatu perkara berkaitan hukum-hukum syarak dan perundangan Islam bersifat amaliyyah yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada hambanya untuk ditaati. Dalam konteks garis panduan ini, segala penerbitan, penghasilan karya, persembahan karya seni sama ada di pentas mahupun secara bercetak, rakaman dan maya mestilah mengikuti syarak dan berasaskan dalil-dalil yang berautoriti serta fatwa-fatwa yang berkuat kuasa di Malaysia. g. “Pelajar” bermaksud seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah; h. “Penerbitan Seni” bermaksud sebuah penerbitan yang mengangkat karya seni seperti buku, rakaman suara, lukisan, penulisan kreatif (akhbar, artikel, bahan bertulis) termasuk hasil penciptaan seperti lukisan, seni khat dan yang dihasilkan mengikut kreativiti seni secara analog dan digital. Tafsiran
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=