GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

44 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA 7.1 Garis panduan ini mengandungi tafsiran seperti berikut; a. “Adab” bermaksud adab yang berasal daripada kalimah Arab, iaitu Ta’dib yang merujuk kepada kesantunan, bersikap sopan, tata susila dan mempunyai akhlak yang baik selari dengan tuntutan Islam. Adab dalam konteks garis panduan ini merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan adab dalam berkarya, menerbitkan atau mempersembahkan karya seni, menguruskan program persembahan dan menonton persembahan seni. b. “GarisPanduan” bermaksudGarisPanduanPersembahan Seni Berbudaya Universiti Sains Islam Malaysia atau singkatannya GPPSB USIM. c. “Hiburan” bermaksud sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati. Satu konsep dan aktiviti yang menarik perhatian dan minat penonton atau memberi kegembiraan dan kelegaan. d. “Muzik” bermaksud gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. Bunyi vokal atau instrumen (atau kedua-duanya) digabungkan untuk menghasilkan keindahan bentuk, keharmonian dan ekspresi emosi. Seni bunyi yang menyatakan idea dan emosi dalam unsur-unsur irama, melodi, keharmonian dan warna. TAFSIRAN

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=