GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
38 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA 5.1 Garis panduan ini mempunyai tiga pecahan bidang seni iaitu (i) Penerbitan Seni, (ii) Seni Persembahan dan (iii) Seni Visual yang saling menyokong dan terpakai secara bersama. 5.2 Garis panduan ini terpakai kepada semua PTj di dalam USIM, pelajar USIM, staf USIM, kelab-kelab badan pelajar USIM dan pihak luar bagi penganjuran semua persembahan dan aktiviti seni di dalam dan luar USIM sama ada penganjuran dari pihak dalaman atau pihak luar. 5.3 Garis panduan ini juga boleh menjadi panduan dan rujukan persembahan seni kepada pihak luar USIM seperti Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Pusat-pusat Seni Budaya Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta entiti awam dan swasta khususnya pihak televisyen dan penyiaran, NGO dan pihak yang mempunyai kepentingan dalam penghasilan dan penerbitan karya seni yang berhasrat mematuhi elemen patuh syariah dan mengangkat syiar Islam kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa. PEMAKAIAN GARIS PANDUAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=