GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
35 e. Mengenal Tuhan melalui seni dengan mencatat keindahan alam misalnya, berupaya mendekatkan manusia mengenal Penciptanya, mensyukuri ciptaan Allah SWT dan memuji-Nya sehingga melahirkan perasaan takjub kepada Tuhan. f. Syed Muhammad Naquib al-Attas (2012) dalam ru’yat al Islami lil-wujud telah memberi pandangan beliau berkaitan matlamat akhir manusia mestilah menuju kepada matlamat akhirat sebagai jalan pilihannya iaitu bukan sekadar pandangan akal manusia terhadap dunia fizik atau keterlibatan manusia di dalamnya dari segi historis, sosial, politik dan kebudayaan tapi mencakupi aspek ad-dunya wal al-akhirah , di mana aspek ad-dunya harus terkait secara erat dan mendalam dengan aspek al-akhirah dan harus diletakkan sebagai terakhir lagi muktamad. 4.2 Seni Yang Membina Akhlak yang Baik dan Seimbang dalam Hal Duniawi dan Ukhrawi. a. Bermaksud seni yang membina jalan-jalan keseimbangan dalam berkarya dan prinsip menjulang nilai-nilai murni dalam melahirkan karya seni yang seimbang dan menepati keperluan patuh syariah. b. Seni yang mewujudkan keseimbangan manusia sebagai insan yang mampu mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi. c. Seni yang memberi kebaikan kepada pengkarya dan hasil karya yang menepati ciri Islam. Memelihara kandungan yang seimbang di antara keperluan duniawi dan ukhrawi. Keperluan akal dan rohani. falsafah seni berbudaya
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=