GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
34 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA c. Manifestasi daripada prinsip yang hadir bersama al-Quran ini diperjelaskan oleh Rasulullah dalam bentuk perbuatan dan penerangan yang kita fahami melalui hadis. Maka, kesenian yang berupaya menzahirkan pesanan-pesanan yang terkandung dalam al-Quran perlulah mempunyai rohani luhur atau spirituality yang mendekatkan manusia kepada al-Khaliq . d. Usaha menzahirkan pesanan-pesanan al-Quran ini perlulah dilihat dalam konteks yang luas dan bukan hanya sekadar menyebut nama Allah dan Rasulullah sahaja tetapi secara tepatnya memandu atau mendorong manusia ‘mengenal Tuhannya’ dalam pelbagai dimensi yang bermatlamatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=