GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

32 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA Budaya jika ditakrifkan secara mendalam bukan sekadar tingkah laku dan cara kehidupan manusia sahaja malah ianya jelas satu sistemnilai yangmerujuk kepadamanifestasi kemajuanpemikiran manusia, mengajar manusia supaya berbudaya dengan adab dan nilai yang baik dalam komuniti dan masyarakat sekelilingnya. Peradaban adalah satu aras kemajuan akal fikir manusia yang membina kehebatan empayar sesuatu bangsa yang bertamadun. Maka sesuatu peradaban perlu mempunyai sistem nilai yang membentuk peradaban ini. Di sinilah kepentingan sosok budaya. Budayamerupakan satu sistemnilai yangmemaparkankeupayaan manusia membina aturan kehidupan yang akhirnya membentuk peradaban sesuatu bangsa. Maka budaya boleh disimpulkan sebagai satu sistem nilai bagi sesebuah ketamadunan. Manakala seni pula bertindak sebagai cermin kepada budaya manusia khususnya dalam memaparkan nilai ketamadunan manusia pada eranya atau apa yang dikenali sebagai perakam sejarah ( camera analog ) ketamadunan sebelum kita mengenali teknologi. Seni Berbudaya pula merujuk kepada kegiatan seni yang boleh masyarakat amalkan dan praktikal dalam berseni budaya. Seni Berbudaya mempunyai falsafah yang selari dengan Islam dan mampu membimbing masyarakat menghayati Islam dalam berhibur dan menghasilkan karya yang bermanfaat dan menyumbang kepada ketamadunan manusia. Falsafah Seni Berbudaya terbahagi kepada tiga (3) prinsip penting; FALSAFAH SENI BERBUDAYA

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=