GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

xxi Tanggungjawab untuk melihat aspirasi ini mencapai maknanya dan tidak tergelincir daripada landasan syiar Islam ialah melalui memfokuskan kepada pengurusan tata kelola yang mampu memberi panduan serta nilai tambah kepada pelajar, staf, Pusat Tanggungjawab (PTj) di USIM malah mengakrabi komuniti seni dan masyarakat Malaysia secara umumnya. Segala usaha dan gerak kerja jemaah kreatif Pusat Kebudayaan USIM termasuk juga buah fikir para Karyawan Seni USIM, Penasihat Syariah, Penasihat Perundangan dan pakar bidang seni budaya dalam mendokumentasikan Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya USIM 2023 (GPPSB 2023) merupakan satu inisiatif istimewa kepada universiti dan masyarakat. Menariknya, GPPSB 2023 mempunyai empat (4) bab sekali gus yang menyentuh secara lengkap (i) makna dan tafsiran, (ii) penerbitan seni, (iii) seni persembahan dan (iv) seni visual. GPPSB 2023 secara komprehensif menjadi satu garis panduan yang mampu memandu warga universiti dan masyarakat memahami persoalan patuh syariah dan Islam sebagai ad-din kehidupan insani. Sejambak bunga mengharumkan ucapan terima kasih kepada pengurusan USIM, jemaah kreatif Pusat Kebudayaan USIM, Karyawan Seni USIM, Penasihat Syariah, Penasihat Perundangan dan pakar bidang seni budaya yang terlibat secara langsung sehingga menjadikan GPPSB 2023 satu dokumentasi Islami dan menyumbang panduan yang sangat berguna kepada universiti dan masyarakat Malaysia selain mampu memberi manfaat kepada kecemerlangan insani duniawi dan ukhrawi. Saya mengakhiri penulisan ini dengan perenggan berikut; Richard Ettinghausen dalam artikel beliau ‘ al-Ghazzali on beauty ’ mengupas mengenai pandangan Imam al-Ghazali berkaitan KALAM PEMBUKA

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=