GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
xx GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA Memimpin Seni Berbudaya Sebagai Nara Sumber Kehidupan Insani yang Patuh Syariah dan Sejahterakan Universiti dan Masyarakat M engupaya kebudayaan sebagai nara sumber pembangunan warga universiti dan masyarakat Malaysia adalah satu gagasan yang sangat istimewa dan penting dalammewarnai kehidupan insani. Sering kali yang kejar berlegar di dalam benak pemikiran rakyat Malaysia, apakah kepentingan dan peranan seni dan budaya dalam mendepani cabaran masa depan. Persepsi sebegini kerana kita selalunya tidak begitu cakna dengan definisi budaya dalam konteks sebenar. Secara ringkas boleh sahaja kita simpulkan budaya ialah persoalan tingkah laku, adab, infrastruktur tradisi-moden, transisi-transisi budaya dan amalan serta perubahan gaya hidup masyarakat. Namun, apalagi yang lebih signifikan dan lebih berintensiti perihal seni dan budaya ini? Budaya jika dicermati melalui kaca mata keilmuan, merupakan satu manifestasi kemajuan pemikiran manusia, mengajar manusia supaya berbudaya yang terikat dengan adab dan nilai yang baik dalam kelompoknya, suku kaum dan masyarakat sekelilingnya. Peradaban adalah satu aras kemajuan akal fikir manusia yangmembina kehebatan empayar sesuatu bangsa yang bertamadun. Maka sesuatu peradaban perlu mempunyai nilai yang membentuk peradaban ini. Di sinilah kepentingan sosok budaya. Budaya merupakan satu sistem nilai yang memaparkan keupayaan manusia membina aturan kehidupan yang akhirnya membentuk peradaban atau madaniyyah sesuatu bangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=