GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

xviii GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA Seni dalam Islam difahami sebagai satu wasilah untuk memandu jiwa menuju Allah dan menghubungkan manusia dengan Yang Maha Esa. Seni juga dapat menjadi jambatan yang menghubungkan dunia material dengan dunia kerohanian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan penghargaan tertinggi kepada En. Ismail Ahmed selaku Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, atas usahanya yang tidak kenal penat lelah dalam mengemudi gagasan Peneraju Seni Berbudaya. Semoga usaha dan dedikasi para budayawan Pusat Kebudayaan USIMditerima sebagai amal soleh di hari akhirat kelak. Diharapkan garis panduan ini menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang terlibat, khususnya generasi muda untuk menyampaikan pesan agama dan nilai-nilai ketuhanan melalui medium seni. Seni Berbudaya adalah seni yang menjunjung tradisi yang mengakar dan menjulang nilai yang universal. Tahniah Pusat Kebudayaan USIM! Wassalamu’alaikumwarahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pakar Usul Fiqh dan Fatwa

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=