GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
xvi GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA A lhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang telah memberikan antara nikmatNya kepada kita melalui kemampuan hambaNya untuk melahirkan karya seni yang indah, untuk dinikmati sesama kita. Memetik lantunan puisi Jalaluddin al-Rumi: “Irama seruling menyembuhkan kesakitan perpisahan Melodinya menghilangkan tabir-tabir keterdesakan” “Apakahyangmampumenjadi racundanpenyembuh sekaligus? Hanya seruling! Siapakah yang mampu menjadi penenang dan perindu sekaligus? Hanya seruling!” (Rujuk Mathnawi , 1:11-12) Saya sempat meneliti kandungan Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya Universiti Sains Islam Malaysia dan mendapati ia amat bermanfaat sebagai rujukan bukan sahaja kepada USIM, tetapi juga seluruh universiti awam dan swasta di Malaysia. Dalam pasang surut industri seni tempatan, Pusat Kebudayaan USIM muncul dengan satu alternatif yang memberikan nafas baharu kepada dunia seni di peringkat varsiti, bahkan tanah air keseluruhannya. Saya percaya bahawa seni nyanyian dan muzik misalnya, bukanlah semata-mata bentuk hiburan atau sarana untuk kesenangan semata, tetapi juga memiliki dimensi kerohanian yang mendalam. Allah telah menciptakan alam semesta yang mengandungi planet, bintang, matahari, bulan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=