GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
xiv GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA U niversiti adalah gedung yang memiliki kepelbagaian ilmu yang terbentang luas. Segala kesungguhan dan ketekunan dalam menggali dan meneroka khazanah lautan ilmu menjadi dorongan berkembangnya pembentukan sahsiah pelajar. Dalam usaha melahirkan warga yang berkualiti dari segi penampilan sahsiah dan jati diri, USIM proaktif terhadap proses mendidik demi meningkatkan kemahiran Insaniah pelajar. Bagi mengimbangi perkara tersebut, sebuah Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya USIM dihasilkan sebagai rujukan dan panduan kepada seluruh pelajar dan staf USIM termasuk entiti awam dan swasta serta NGO agar tidak menyimpang dari landasan keilmuan dan kebudayaan sebenar. Tahniah diucapkan kepada Pusat Kebudayaan USIM atas sikap cakna dan komitmen jitu yang ditonjolkan sehingga berjayamenghasilkan sebuah garis panduan untuk meningkatkan kefahaman tentang persembahan seni yang selari dengan ad-din Islam serta menepati hukum hakam syariah. Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=