GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

xii GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA S elari dengan misi USIM untuk melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten demi kesejahteraan sejagat, satu inisiatif telah dibuat bagi memperkukuhkan lagi pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaan aktiviti seni dan budaya. Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya USIM yang diwujudkan amat bertepatan dengan keperluan semasa demi menghindar dari berlakunya masalah yang boleh membawa kemudaratan terhadap kemaslahatan ummah. Usaha ini amat signifikan untuk menangani anasir atau isu-isu yang boleh membawa kesan buruk yang berpanjangan. Saya yakin bahawa dengan adanya garis panduan ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga USIM dan menjadi tanggungjawab USIM untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat luar. Syabas dan tahniah kepada Pusat Kebudayaan USIM atas penerbitan sebuah garis panduan yang komprehensif yang selari dengan hasrat USIM untuk menerajui bidang pendidikan berteraskan paduan ilmu Naqli dan Aqli. Profesor Dato’Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=