KOD NILAI DAN ETIKA WARGA USIM
PERUTUSAN NAIB CANSELOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Buku Kod Nilai dan Etika Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini berjaya diterbitkan sebagai panduan rasmi kepada seluruh warga Universiti. Penerbitan dokumen ini merupakan satu usaha penting dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai, integriti dan profesionalisme dalam kalangan staf USIM. Seiring dengan aspirasi Universiti untuk menjadi institusi pendidikan tinggi Sains Islam yang ulung, pembentukan sahsiah dan jati diri warga kerja yang beretika tinggi adalah menjadi keutamaan. Kod Nilai dan Etika ini bukan sekadar dokumen rujukan, malah merupakan kompas yang memandu setiap warga USIM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti. Nilai Teras Al-Qawiyy Al-Amin yang digariskan menjadi asas dalam memperkasakan budaya kerja cemerlang yang mampu menyokong kecemerlangan Universiti di peringkat nasional dan global. Saya amat yakin bahawa penghayatan dan pengamalan nilai-nilai yang terkandung dalam dokumen ini akan dapat memperkukuh tadbir urus Universiti serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pihak berkepentingan. Dalam masa yang sama, ia turut berperanan dalam membentuk persekitaran kerja yang harmoni, berintegriti dan berdaya saing. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga USIM agar bersama-sama menghayati, mengamalkan dan mematuhi segala prinsip serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam buku Kod Nilai dan Etika ini secara konsisten dan berterusan. Komitmen padu daripada setiap individu adalah kunci utama dalam memastikan pembudayaan integriti dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berimpak tinggi. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan buku ini. Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan Universiti Sains Islam Malaysia. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. PROFESOR DATO’ TS. DR. SHARIFUDIN MD SHAARANI Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=