iNaQ USIM
ْ لّيْسَ الْبِرّ أَن تُوَلّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الَْشْرِقِ وَالَْغْرِبِ وَلَـكِنّ الْبِرّ مَن آمَنَ بِاللِّ وَالْيَوْمِ الخِرِ وَالَْلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنّبِيِّينَ وَآتَى الَْالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالَْسَاكِينَ وَابْنَ السّبِيلِ وَالسّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصّلاةَ وَآتَى الزّكَاةَ وَالُْوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضّرّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ التقون Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, Kitab, dan sekalian Nabi; Juga memberikan harta yang disayangi kepada kerabatnya, anak-anak yatim, golongan miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, juga kepada orang yang meminta- minta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; menepati janjinya apabila dia berjanji dan orang yang sabar dalam masa kesempitan, kesakitan, dan juga dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang yang bertaqwa. • Ayat al-Baqarah (2): 177 dipilih kerana ia menjelaskan prinsip utama usul aqidah yang menjadi pegangan umat Islam. Usul akidah ini wajar dijadikan asas kesatuan umat Islam. • Ayat ini juga menjelaskan peranan amalan dalam kehidupan. Keimanan perlu disertai dengan amalan. Ibadah khusus kepada Allah SWT turut disertai bersama ibadah umum yang melibatkan hubungan dan muamalah yang baik dengan makhluk Allah SWT. Membelanjakan harta kepada yang memerlukan, menepati janji, bersabar semasa kesusahan adalah antara sifat-sifat golongan yang bertakwa. Surah al-Baqarah (2): 177 2 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=