iNaQ USIM
11 Sebagai pelengkap kepada iNaQ dan untuk mencapai objektif INAQ yang dinyatakan di atas terdapat dua kategori Integrasi ilmu yang perlu diketahui dan dilaksanakan. Pelengkap iNaQ Integrasi Ilmu-Ilmu Naqli (IIN) Integrasi Ilmu dan Amal (IIA) • IIN bermaksud integrasi ilmu-ilmu yang bersumberkan wahyu meliputi Akidah, Syariah dan Akhlak. Metodologi yang terdapat dalam Islam seperti Ahl al-Hadith, Kalam, Falsafah dan Tasawuf perlu dilihat secara integrasi saling melengkapkan antara satu sama lain dan bukannya saling bertentangan. • Warga USIM perlu sentiasa menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam sebarang perbezaan pandangan berkenaan penafsiran ajaran Islam. Kefahaman dan pengamalan ajaran al-Quran dan al-Sunnah hendaklah mengikut panduan yang diberikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Warga USIM wajar mengetahui perbezaan berkenaan perkara Usul yang diasaskan kepada nas yang jelas dan sahih dengan perkara furu’ yang muncul daripada ijtihad ulama’ Islam. • Warga USIM hendaklah berlapang dada dengan perbezaan pandangan pada perkara furuk dengan menjadikan persaudaraan Islam dalam surah al-Hujurat (26) ayat 10 sebagai dorongan. • IIA bermaksud melaksanakan teori ilmu daripada al-Qur’an dan Sunnah dalam kehidupan seharian. Dalam mengamalkan INAQ dalam kehidupan dan kerja warga USIM hendaklah mengamalkan prinsip- prinsip yang digariskan dalam Islam seperti amanah, adil, jujur, dan sabar. • Demikian juga warga USIM perlu sentiasa menjaga niatnya melakukan sesuatu perkara sebagai mentaati perintah Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Perkara tersebut samada melibatkan ibadah khusus seperti solat, puasa dan zakat ataupun ibadah umum melibatkan kerja, hubungan keluarga dan masyarakat. • Warga USIM juga wajar mengetahui berkenaan sistem nilai yang ada dalam Islam serta berusaha untuk mengamalkan nilai akhlak tinggi yang ada dalam Islam melalui pengamatan terhadap sirah Rasulullah SAW.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=