iNaQ USIM

Objektif iNaQ Agar manusia dapat melihat keagungan dan kebesaran Allah SWT melalui penelitian dan ujikaji terhadap keunikan dan ketelitian yang terdapat pada makhluk ciptaan-Nya. Firman Allah SWT: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda- tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar (Fussilat: 53). 1 Melihat Tanda Keagungan Allah SWT:ْ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِم حَتّىٰ يَتَبَيّنَ لَهُمْ أَنّهُ الْحَقّ ۗ Ajaran Islammelihat kesemua ilmu dari Allah SWT. Ia perlu digunakan untuk mencapai keredaan Allah SWT tanpa membezakan antara ilmu agama atau ilmu sains. Ilmu Naqli dari al-Qur’an dan Hadith untuk mengenal Allah SWT melalui wahyu-Nya, manakala ilmu aqli atau sains pula untuk mengenal Allah SWT melalui makhluk ciptaan-Nya. Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyeru kepada penelitian dan pemerhatian terhadap alam bagi melihat kekuasaan Allah SWT. 2 Menghadapi Cabaran Sekularisasi dan Pemisahan Ilmu Antara faktor kegemilangan tamadun Islam ialah keupayaan sarjana Islam pada lima kurun pertama Hijrah mengintegrasikan ilmu-ilmu daripada tamadun yang pelbagai ke dalam kerangka ilmu Islam yang dibina berdasarkan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka turut berkerjasama dengan sarjana daripada pelbagai agama. Hasilnya mereka berjaya menggunakan ilmu seperti fizik, perubatan dan astronomi daripada sumber di luar dunia Islam untuk meneraju tamadun Islam ke arah kebaikan manusiawi, makhluk dan alam seluruhnya. 3 Menjadi Kerangka Ilmu untuk Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Islam Antara faktor yang menghalang kebangkitan kembali umat Islam sebagai peneraju tamadun manusia ialah perpecahan dalaman umat Islam. Ia berlaku kerana kegagalan umat Islam untuk menguruskan perbezaan pandangan yang timbul dalam kalangan mereka. Kesannya mereka begitu mudah bertelagah biarpun atas perkara-perkara cabang (furuk) yang kecil hingga sanggup mengkafirkan malah menumpahkan darah sesama saudara seagama. Konsep integrasi ilmu dilihat akan dapat membantu umat Islam untuk menguruskan perbezaan pandangan dalam kalangan mereka. 4 Menguruskan Perselisihan Umat Islam 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=