Buletin HEPA 2024
M uhamad Azfar Sa’adon, penerima Anugerah DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia adalah graduan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dengan Kepujian daripada Fakulti Pergigian. Merupakan anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang ibu yang juga suri rumah ini dilahirkan di Kuala Rompin, Pahang pada 30 Oktober tahun 2000. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam dan kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Pemilik zodiak Scorpio ini gemar menanam pelbagai jenis tanaman di waktu lapang. Tidak betah untuk membiarkan waktu terluang begitu sahaja, Beliau pernah berkhidmat dengan syarikat pengeluar ubat gigi ternama Jepun, Systema sebagai Product Detailer dalam mempromosikan jenama dan produk jenama terbabit melalui pelbagai acara besar. Kini beliau berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di Fakulti Pergigian sementara menunggu penempatan perkhidmatan wajib di hospital kerajaan untuk memulakan kerjaya sebagai Doktor Gigi. Bercakap tentang impian hidupnya, sosok yang dipanggil ‘Abang’ dalam keluarga ini menyatakan bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial suatu hari nanti. “Perjalanan sepanjang lima tahun ini sememangnya sukar namun ia tidak mustahil; sekiranya disemai sifat ikhlas dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan, pastinya keikhlasan itu akan mendatangkan kebaikan yang akhirnya akan memberi kesenangan kepada kita”. Menyentuh tentang rahsia kejayaannya selama ini, Azfar berkongsi motto kehidupan yang tidak pernah dilupakan dalam setiap perkara yang dilakukannya. “Our lives are a real manifestation of a love-hate relationship, yet it is within our power to choose how we embrace and feel in each moment. The key to getting what you want is first to embrace it with love, and soon, it will find its way to you, without you knowing. You’ve done it.” MUHAMAD AZFAR FATHI SA’ADON Biografi LATAR BELAKANG PENDIDIKAN ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN • Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PNGK 3.70 • Tamhidi Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia, PNGK 3.93 • Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan 10A 1B • Best Academic Award, Fakulti Pergigian USIM 2024 • Icon of Volunteerism, Fakulti Pergigian USIM 2024 • Icon of Leadership, Fakulti Pergigian USIM 2023 • Icon of Public Speaking, Fakulti Pergigian USIM 2022 • Juara Kejohanan Debat Naib Canselor USIM (Bahasa Melayu) 2020 • Juara Debat Terbuka Undang-Undang (Bahasa Melayu) 2020 • Juara Musabaqah Debat Intertamhidi (Bahasa Melayu) 2019 GRADUAN TERBILANG 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 9 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=