Buletin HEPA 2024
GRADUAN TERBILANG SHAMSUL AIMAN MUA’MAR SHAMSUL BAHRIN Biografi S hamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin merupakan salah seorang penerima Anugerah DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia. Dilahirkan di Terengganu pada tanggal 14 Ogos 2000, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus dan kemudiannya meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas. Selepas menamatkan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pengajian Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di USIM dalam jurusan Pengajian Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. S hamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin merupakan salah seorang penerima Anugerah DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia. Dilahirkan di Terengganu pada tanggal 14 Ogos 2000, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus dan kemudiannya meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas. Selepas menamatkan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pengajian Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di USIM dalam jurusan Pengajian Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Aktif dalam aktiviti kepimpinan, pengucapan awam dan pelbagai program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah memberi kelebihan buat dirinya. Sosok yang pernah menjawat jawatan tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar, mantan Yang Dipertua ini mempunyai hobi bermain sukan berkuda pada masa lapang. Pesonanya yang tidak lokek dengan senyuman, amat disenangi malah pernah mengetuai ibadah umrah di kalangan warga emas pada tahun 2021 yang disifatkannya sebagai kenangan paling manis dalam kehidupannya. Beliau kini berkhidmat sebagai motivator kepada pelajar sekolah dan universiti di Motivasipelajar.com di samping berkhidmat secara separuh masa sebagai tenaga pengajar Bahasa Arab kelas dewasa di Akademi Al- Qudwah. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 6 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=