Buletin HEPA 2024

USIM LANTIK 10 PEMPENGARUH PERKASA VISIBILITY Pempengaruh media sosial kini dianggap memiliki tahap interaksi yang tinggi dengan pengikut mereka dan mampu mengaut jumlah pengikut dalam masa yang singkat. Menggunakan pempengaruh dalam strategi pemasaran produk, perkhidmatan dan sebagainya dilihat sebagai keperluan dan adakalanya sebagai ‘jalan singkat’ untuk sampai kepada masyarakat. Trend masyarakat kini lebih serasi dengan membuat carian pantas menerusi internet yang berpaut dengan beberapa platform sosial media menjadikan ianya tidak sukar. Iklan atau promosi yang memaparkan visual dan kenyataan tulisan yang lebih jelasmemberi kesan yang lebih ‘menangkap mata’ dan mampu menarik perhatian dan respon. Begitu juga golongan muda yang berpengaruh mempunyai pelbagai metod yang digunakan dilihat wajar untuk memberi tarikan, impak dan seterusnya sampai kepada masyarakat luar. Memenuhi hasrat tersebut, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melantik 10 pempengaruh dari kalangan pelajar dan alumni yang berkredibiliti, menyakinkan dan berdaya meningkatkan kepercayaan masyarakat untuk bertindak sebagai penyampai maklumat yang akan membantu mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan USIM. Pempengaruh media sosial yang dilantik perlu menepati kriteria yang ditetapkan antaranya mempunyai jumlah pengikut melebihi 10 ribu dari pelbagai platform media. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, “pelantikan barisan USIM Influencer sebagai duta kepada nilai teras dan visi USIM berlandaskan aspirasi USIM iaitu ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai penyebar maklumat, tetapi juga sebagai agen perubahan yang mampu memberi inspirasi kepada generasi muda. Dengan platform digital yang semakin berkembang, saya yakin bahawa USIM Influencer ini akan membantu meningkatkan keterlihatan USIM melalui pelbagai bentuk inisiatif dan kerjasama penganjuran program.” 10 USIM Influencer yang dilantik terdiri daripada lima pelajar USIM iaitu Muhammad Luqman Abdul Samad, Ibni Umar Abdul Aziz Iswady Fazly, Aizat Lukman, Nubla Amni Izahar dan Nur Dayana Safwa Ahmad Misbah. Manakala lima lagi terdiri daripada alumni USIM yang kini aktif mencipta kandungan di pelbagai media sosial ialah Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, Mohamad Husaini Mahmur, Muhammad Arif Che Soh, Siti Aisyah Baa’in dan Jannatul Makwa Sutikislan. Penyerahan lantikan telah disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dengan disaksikan oleh pengurusan tertinggi USIM dan tetamu yang hadir. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 59 Menerajui Integrasi Ilmu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=