Buletin HEPA 2024

PROSA MELAYU PAPAR NARATIF INSAN DALAM GEMA PALU GENDERANG NILAI – 27 April 2024 : Menelusuri makna kehidupan setiap insan tentunya tidak sama. Lazimnya hidup ini bermula dari muka tanah hingga ke puncak gunung. Tidak kurang juga bermula dari puncak dan menurun ke jejak kaki bumi. Begitu resminya setiap insan melalui fasa hidup yang sudah ditakdir oleh maha pencipta. Dengan menggunakan prosa Melayu tradisi dan moden USIM memberi kelainan dengan menampilkan sebuah karya yang menarik emosi penonton dengan mempersembahkan penceritaan tentang perjalanan kehidupan insan. Gema Palu Genderang mengangkat tema “Mengalun Puisi Alam Melayu dan Kehidupan” merupakan inisiatif USIM yang dilaksanakan oleh Pusat Kebudayaan USIM untuk mengangkat unsur Islam yang terkandung dalam kesusasteraan Melayu melalui naskhah puisi tradisional dan moden. Sastera Melayu sememangnya berkait rapat dengan keindahan Islam yang diterjemahkan melalui bait- bait kalam, diikat bersama kesantunan adab dan budaya seperti kata-kata nasihat yang disampaikan dalam bentuk bidalan, peribahasa, nilai-nilai murni dan seruan berbuat baik untuk mendidik masyarakat. Bersesuaian dengan USIM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam, pengisian yang diketengahkan dalamGema Palu Genderang kali ini juga berteraskan paduan integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang menjadi nadi pembangunan USIM bagi pembentukan generasi cemerlang dan berilmu. Persembahan yang mendasari dari permulaan kemenjadian manusia bermula dari alam Ar-Rahim (Kelahiran), alam At- Tufulah (Kanak-kanak), alam Al-Hayah (Dewasa) akhirnya tiba di alam Tauhidik (Jalan Ketuhanan). Menelusuri perjalanan kehidupan manusia melalui 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 57 Menerajui Integrasi Ilmu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=