Buletin HEPA 2024
USIM STREET DAKWAH MENYANTUNI PELBAGAI PERINGKAT KOMUNITI Dalam usaha merealisasikan pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu, USIM telah berjayamenyantuni pelbagai peringkat komuniti dengan mengadakan USIM Street Dakwah. USIM Street Dakwah (USD) yang diperkenalkan pada tahun 2015 telah mewujudkan sinergi USIM (pelajar dan kepimpinan universiti) untuk membangunkan masyarakat Malaysia melalui penerapan seni Islam dengan memberi penekanan kepada empat kumpulan komuniti seperti komuniti Kasih (Warga Emas dan OKU), komuniti Sekolah, komuniti Bandar dan komuniti Desa. Sebagai memenuhi keperluan tersebut, USIM melalui peneraju Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan beberapa program USD. Bagi menyantuni komuniti sekolah, Kelab Penerbitan Kreatif telah melaksanakan program Lestari Bakat Sahmura Seni. Program pemindahan ilmu ini memfokuskan teknik asas penulisan khat yang diadakan pada 29 Jun 2024 di Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin Negeri Sembilan. Impak daripada program yang dijalankan, murid sekolah tersebut berjaya merangkul juara pertandingan khat, kategori lelaki dan naib johan bagi kategori perempuan peringkat negeri. Kelab Pengurusan dan Persembahan Seni pula menjalankan aktiviti melatih pelajar sekolah bermain alat muzik dikir barat yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor pda 17 November 2024. Tidak setakat itu, tahun 2024 turut mencatat sejarah apabila Kelab Seni Budaya menerusi gabungan tiga kelab iaituKelabMultimedia danKeusahawanan Seni, Kelab Penerbitan Kreatif dan Kelab Pengurusan dan Persembahan Seni telah menerima geran daripada Yayasan SP Setia untuk menjalankan Youth Synergy Programme. Program ini berlangsung selama tiga bulan secara berkala. Bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan(c)Kampung Baru Semenyih dengan melibatkan 10 orang murid sekolah dan tujuh orang ahli Kelab Seni Budaya. Program rintis SP Setia ini mengangkat tema “Manifestasi Perpaduan Melalui Kesenian.” USIM menampilkan kelainan dengan mengintegrasi pelbagai metod kesenian seperti nyanyian, lakonan dan puisi yang digabungkan dalam satu persembahan. Ianya bertujuan mengatasi perbezaan, menghapuskan prasangka demi mencapai kerhomonian dan kesepakatan dalam kepelbagaian budaya. Sketsa “Nak Jadi Apa?” yang disajikan mengangkat elemen kebersamaan dan semangat sayang kepada Malaysia sekali gus memberi inspirasi untuk mengejar cita-cita dan berbakti kepada negara. Youth Sinergy Programme telah mengangkat USIM apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam persembahan akhir yang diadakan pada 26 September 2024. Strategi mendekati komuniti diperluaskan kepada yang memerlukan bantuan fizikal dengan menyasarkangolongangelandangan.USIMLivingLab anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar yang dilaksanakan oleh 120 orang terdiri daripada sukarelawan pelajar, staf dan dengan kerjasama 20 orang NGO Food for Gelandangan terlibat memberi bantuan kepada 200 gelandangan di sekitar jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2024. Di samping menyalurkan makanan, USIM turut memberi khidmat pemeriksaan gigi, rawatan tampalan serta servis mencabut gigi secara percuma. USIM Living Lab pada kali ini turut melibatkan Bahagian Kaunseling dan Psikologi, PHEP, Pusat Kesihatan Universiti khususnya dalam aspek penjagaan diri dan Pusat Kebudayaan untuk persembahan buskers. Sehingga November 2024, sejumlah 12 program USD telah dianjurkan oleh beberapa jabatan di HEPA, melibatkan sejumlah 263 orang melibatkan keurusetiaan terdiri daripada pelajar, staf, alumni termasuk kerjasama rakan strategik. Manakala sejumlah 830 warga komuniti terlibat meliputi empat kumpulan komuniti sebagai tujahan utama USIM. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 56 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=