Buletin HEPA 2024
KURSUS FASILITATOR: LANGKAH USIM MELAHIRKAN PEMIMPIN HOLISTIK Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) komited dalam usaha memperkasa daya kepimpinan mahasiswa dan dengan tujuan itu, Kursus Fasilitator USIM telah dilaksanakan di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 24 hingga 26 Mei lalu yang bertujuan untuk membentuk pemimpin holistik dalam kalangan mahasiswa. Kursus ini merupakan inisiatif penting yang selaras dengan visi dan misi universiti dalam memupuk sahsiah dan jati diri pelajar. Kursus ini membawa kelainan dengan menawarkan modul-modul khusus yang telah dirancang rapi untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan konflik, dan kepimpinan berasaskan nilai. Dengan penyertaan dalam kursus ini, mahasiswa diharapkan dapat menjadi fasilitator yang berintegriti danmampu memimpin dengan baik dalam pelbagai program pembangunan sahsiah dan program-program penting yang dianjurkan di peringkat universiti. Pelantikan kumpulan Fasilitator USIM ini bertujuan untuk membantu pengurusan universiti dalam perlaksanaan program-program utama universiti yang melibatkan mahasiswa/i USIM seperti Taaruf Pelajar Baharu, Pesta Konvokesyen, Sambutan Bulan Kebangsaan dan program-program latihan mahasiswa. Dengan penglibatan pelajar dalam perlaksanaan program terutamanya program yang berimpak tinggi dapat merealisasikan agenda pemerkasaan mahasiswa yang ingin dicapai di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan pelbagai aktiviti praktikal serta sesi interaktif bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Mahasiswa yang terpilih akan dilatih untuk menjadi ‘role model’ dalam komuniti universiti dan membantu melaksanakan program- program yang memberi impak positif kepada rakan- rakan mereka. Dengan pelaksanaan kursus ini, USIM berharap dapat menyumbang kepada pembangunan mahasiswa sebagai profesional muslim yang seimbang, mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam kehidupan seharian. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 55 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=