Buletin HEPA 2024
Pada 2 Oktober 2024 yang lalu, seramai 5 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang terdiri daripada pelajar tahun dua hingga empat telah dilantik sebagai kumpulan pertama MyNEXT Campus Ambassador untuk menggerakkan usaha memperkasakan kebolehpasarangraduanUSIM. Idea untuk menubuhkan kumpulan duta di kampus adalah inisiatif berterusan dari Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp) selaku agensi pembangunan bakat muda di negara ini dengan melibatkan semua universiti awam di seluruh Malaysia. Matlamat utama pelantikan kumpulan ambassador ini untuk memperkasakan usaha kebolehpasaran graduan USIM. Melalui usaha ini, kelima-lima duta tersebut direkodkan menjalani program sangkutan bersama Talent Corp selama satu tahun dan layak menerima elaun sebanyak lima ratus ringgit sebulan sebagai insentif galakan terhadap komitmen MyNEXT dan lain-lain program kerjaya. Mereka yang terpilih sebagai kumpulan pertama MyNEXTCampusAmbassador ini adalahMuhammad Aliff Hidayat Zulkarnain, Ahmad Hanbal Liman, Nurul Suraya Zainal Abidin, Atieqah Shukor dan Afifah Lutfi masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Pada 14 November 2024 yang lalu, USIM telah meraih dana sebanyak RM100,000.00 untuk tempoh tiga tahun bagi meningkatkan potensi pelajar dan kebolehpasaran graduan. Inisiatif ini diterajui oleh PusatHal Ehwal Pelajar danPusatKerjayadanAlumni, yang berkolaborasi dalam usaha memperkasakan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini. Dana ini disediakan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad, yang komited dalam membantu institusi pendidikan meningkatkan kualiti graduan dan menyokong perkembangan tenaga kerja yang kompetitif di negara ini. Peruntukan dana ini akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai program dan pendedahan yang bertujuan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan. Melalui inisiatif ini, pelajar akan diberikan DUTA ‘MYNEXT CAMPUS’ RANCAKKAN USAHA MEMPERKASAKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN PEROLEH DANA RM100,000: USIM MENDUKUNG PEMBANGUNAN PELAJAR DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN Bina, Fakulti Pergigian, Fakulti Syariah dan Undang- undang serta Fakulti Sains dan Teknologi. Watikah pelantikan yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mohamed Adnan Yusof, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) semasa Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025. Turut hadir bersama adalah wakil dari Talent Corporation Malaysia Berhad, Encik Mohd Nur Syazwan Mohd Hafiz, Eksekutif Kanan dari Hubungan Kampus dan Mobiliti, Graduan Bakat Baharu selaku agensi yang bertanggungjawab menyelia dan melatih MyNEXT Campus Ambassador ini. peluang untuk menghadiri kursus, bengkel, dan sesi latihan yang dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka. Sinergi antara Pusat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kerjaya dan Alumni dan Talent Corporation Malaysia Berhad dilihat mampu membuahkan hasil untuk pembangunan bakat muda untuk negara. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha dan dedikasi dua jabatan, tetapi juga menunjukkan komitmen USIM dalam mempersiapkan pelajarnya bagi menghadapi cabaran dan peluang di masa hadapan. Dengan sokongan ini, USIM berharap dapat terus melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing, serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui tenaga kerja yang terlatih dan berkebolehan. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 53 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=