Buletin HEPA 2024

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA USIM, MYFUNDACTION, DAN PTPTN: SEBUAH LANGKAH SIGNIFIKAN MENUJU KELESTARIAN PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan dua institusi yang berwibawa, iaituMyFundAction danPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Majlis ini telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 19 Mac 2024 di USIM, membawa bersama pelbagai perancangan strategik bagi meningkatkan akses pendidikan tinggi dan kesejahteraan masyarakat. Dalam konteks kerjasama dengan MyFundAction, pelbagai projek kesukarelawanan telah dicadangkan termasuklah Kesukarelawanan Gap Year, Global Islamic Students Outreach (GISO), libatsama masyarakat, khidmat masyarakat, kelestarian alam sekitar, dan keusahawanan. Projek-projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar USIM untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanandan keusahawanan yangbermakna dan memberi impak kepada masyarakat setempat. Manakala kerjasama dengan PTPTN pula menekankan kepelbagaian inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar terhadap perancangan kewangan dan bayaran balik pinjaman. Ini termasuklah penyelidikan dan pembangunan, taklimat kesedaran, serta pembudayaan penabungan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib CanselorUSIMberkata, “kerjasama inimerupakan titik tolak penting dalam perjalanan USIM, MyFundAction dan PTPTN yang dilihat sebagai satu langkah yang strategik dalam memperkukuhkan pendidikan tinggi di negara ini serta memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan”. “USIM amat bertuah kerana berpeluang memeterai jalinan kerjasama dengan pihak MyFundAction dan PTPTN yang memberikan manfaat bersama demi kepentingan pelajar”. tambah beliau lagi. USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dan penjajaran projek-projek ini serta berharap agar kerjasama ini akan terus berkembang dan memberi manfaat yang berkekalan. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 52 Menerajui Integrasi Ilmu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=