Buletin HEPA 2024

USIMUNGGULI DEBATPERPADUAN PIALA MENTERI PERPADUAN NEGARA 2024 Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Tinggi, Sekretariat Rukun Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Debat Universiti Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 bermula 3 Mei 2024 sehingga 16 Mei 2024. Pasukan Debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menewaskan pasukan daripada Universiti Malaya (UM) pada peringkat akhir pertandingan sekaligus dinobatkan sebagai Johan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024. Pasukan Debat USIM diwakili oleh Nur Rasyiqah Unigkutti, Fakulti Syariah dan Undang- Undang; Muhammad Najmie Abdullah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang; Ummu Unaisah Nordin, Fakulti Ekonomi dan Muamalat; dan Dini Batrisyia Azlan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Nur Rasyiqah Unigkutti juga turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir. Pasukan Debat USIM membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, termasuk geran Sekretariat Rukun Negara (SRN) berjumlah RM10,000, piala pusingan, buku terbitan DBP dan sijil penyertaan pertandingan. YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara bagi tahun 2024 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam pada 16 Mei 2024. Pertandingan kali ini telah disertai oleh seramai 200 orang pendebat dengan penglibatan 50 pasukan dari Institusi Pendidikan Tinggi. Mengangkat tema “Menjiwai Rukun Negara”, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai Rukun Negara dalam kalangan generasi muda. Matlamat utama program ini termasuk membentuk pemikiran holistik mahasiswa, mempromosikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, memperkuat semangat perpaduan melalui debat dan meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian etnik, agama dan budaya. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 50 Menerajui Integrasi Ilmu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=