Buletin HEPA 2024
JAULAH KESUKARELAWAN USIM 2024: SEMARAK SISWA MADANI (CHAPTER NEGERI SEMBILAN) DI KAMPUNG PACHITAN, PORT DICKSON PORT DICKSON – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar kejayaan apabila menganjurkan program Jaulah Kesukarelawan USIM 2024: Semarak Siswa Madani (Chapter Negeri Sembilan) melibatkan warga komuniti Kampung Pachitan, Port Dickson yang berlangsung dari 24 – 26 Mei 2024. Majlis Perasmian Jaulah Sukarelawan USIM 2024: Semarak Siswa Madani (Chapter Negeri Sembilan) serta Perasmian Klinik dan Makmal Pergigian Bergerak USIM telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mei 2024 di Dataran Pachitan. Program Jaulah Sukarelawan melalui Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PERMANIS) USIM bertanggungjawab menjayakan Jaulah Sukarelawan Chapter Negeri Sembilan di Kampung Pachitan yang merupakan salah satu usaha dalam membantu kerajaan menyantuni komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan dan programkesukarelawan. Pelbagai program kemasyarakatan telah berjaya dilaksanakan antaranya program Senamrobik, Kursus Penyembelihan, Sukan Persahabatan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Sukan Rakyat serta pelbagai program lain. “Program Jaulah Sukarelawan yang dilaksanakan membawa semangat muafakat, gotong royong, empati sosial dan keberkatan. Justeru, nilai muafakat akan tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam urusan kerja yang akhirnya rakyat di negara ini akan beroleh suasana yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup yang diinginkan. USIM turut memperkenalkan Klinik dan Makmal Pergigian Bergerak yang dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan gigi yang berkualiti kepada masyarakat khususnya masyarakat terpinggir dan yang berada di luar bandar.” ujar Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. “USIM mempunyai tenaga pakar dalam bidang teknologi yang boleh memberikan sumbangan kepakaran tersebut kepada masyarakat di negeri ini bagi menyahut hasrat kerajaan pada hari ini untuk mendigitalisasikan rakyat melalui teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memacu ekonomi negara. Universiti Awam di Malaysia seperti USIM harus memainkan peranan penting bagi mencapai hasrat ini dalam merangka perubahan sistem pendidikan yang lebih praktikal dan berlandaskan teknologi AI.” tambah beliau lagi. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang komited terhadap kelestarian dan kemajuan masyarakat, USIM akan terus menyokong dan melaksanakan program-program sukarelawan. Inisiatif ini membina keupayaan pelajar, kakitangan dan masyarakat untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 43 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=