Buletin HEPA 2024
Walaubagaimanapun, pemerhatian mendapati tidak ramai mahasiswa mengambil peduli tentang kepentingan pembabitan mereka dengan program pembangunan sahsiah yang disediakan oleh pihak universiti dan KPT. Alasan yang selalu diberikan ialah penglibatan dalam program seperti ini akan menjejaskan pencapaian akademik. Tidak kurang ibu bapa, penjaga dan keluarga yang turut keberatan untuk membenarkan anak bawah jagaan mereka terlibat aktif dengan aktiviti kemahasiswaan. Dalam beberapa kes, terdapat mahasiswa yang terpaksa menarik diri di saat akhir daripada menyertai program yang diminati lantaran tidak mendapat kebenaran daripada keluarga. Dalam situasi ini, universiti menghormati pilihan dan keputusan pelajar dan keluarga. Tindakan segera akan diambil untuk menggantikan peserta yang menarik diri seterusnya membuka peluang kepada calon lain. Namun, jika penarikan diri berlaku di saat terlalu akhir, tindakan penggantian tidak dapat dilakukan, sekali gus menutup peluang mahasiswa lain untuk meraih tempat dan menuai manfaat daripada program yang dianjurkan. Justeru, pemahaman di peringkat mahasiswa, keluarga, malah di peringkat para pensyarah dan pentadbir di universiti sendiri juga, perlu dilurus dan diharmonikan agar kedua- dua elemen pembangunan mahasiswa menerusi pengajian formal dan tidak formal berjalan serentak dan berperanan dengan optimum bagi memberikan impak terbaik terhadap sahsiah dan jati diri mahasiswa. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, di USIM sambutan para mahasisswa terhadap program pembangunan sahsiah dan aktiviti kemahasiswaan meningkat dengan ketara, walaupun menghadapi musim suram di era pasca Covid-19 dua tahun lalu. Peningkatan ini dapat dilihat melalui sambutan luar biasa para mahasiswa jika dibandingkan dengan sambutan terhadap program atau aktiviti seumpamanya sebelum ini. Permohonan untuk menyertai kelab pelajar dan badan beruniform turut melonjak dengan signifikan. Program-program berteraskan sukan, kebudayaan, kesukarelawanan, kepemimpinan, kerohanian, keusahawanan, eksplorasi kerjaya, pengantarabangsaan, kesedaran sosial, pengucapan awam, perkongsian ilmu bersama komuniti dan lain- lain, mendapat penyertaan berganda hingga perlu ditingkatkan penawaran. Impaknya di peringkat nasional juga turut signifikan apabila menyaksikan peningkatan pencapaian mahasiswa USIM dalam berbagai arena terutama sukan, kebudayaan, keusahawanan, kesukarelawanan, kepemimpinan dan tidak ketinggalan keilmuan, sama ada dalam bentuk kemenangan dalam pertandingan, mahupun kepercayaan yang diberi oleh pihak berautoriti sebagai penganjur program atau pengendali sesi dalam sesuatu program. Mahasiswa USIM semakin terserlah, graduan USIM semakin dikenali dan alumni USIM kini bertebaran di serata pelusuk tanah air, menabur bakti, mencorak masyarakat. Tidak kurang yang sudah berjaya menembusi pasaran kerjaya di luar negara, membawa nilai wasatiyah citra Malaysia, membuka laluan kepada bakal graduan untuk menabur budi pada skala yang lebih besar. Majlis Konvokesyen USIM kali ke-22 ini, menjadi saksi kesuburan intensiti serta komitmen para mahasiswanya dalam berinteraksi dengan cabaran semasa untuk membina kapasiti diri. Kejayaan dua pimpinan mahasiswa merangkul dua anugerah tertinggi majlis konvokesyen kali ini adalah sebuah manifestasi kepada kesungguhan mahasiswa USIM untuk bangkit melengkapkan kemajuan diri secara seimbang dan holistik. Saudara Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM bagi sesi 2022/2023, berjaya menyahut cabaran membuktikan bahawa keaktifan dalam aktiviti kemahasiswaan tidak menghalang kecemerlangan dalam pencapaian akademik, apabila terpilih sebagai penerima pertama Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang Majlis Koncokesyen USIM kali ke-22. Sebagai pimpinan nombor satu MPP, pastinya beliau banyak terlibat secara langsung dengan program kemahasiswaan di peringkat universiti, kebangsaan, malah antarabangsa. Namun, dengan latihan kepemimpinan yang diperolehi hasil keterlibatan secara meluas dalam berbagai platform, beliau bijak menguruskan masa dan membahagi waktu, untuk fokus kepada akademik dan aktif dalam aktiviti di lapangan. Tidak kurang hebat, saudara Muhamad Azfar Fathi Sa’adon daripada Fakulti pergigian, Naib YDP III, MPP USIM sesi 2020/2021, yang turut berjaya membuktikan perkara sama apabila menjadi penerima kedua Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang Majlis Koncokesyen USIM kali ke-22. Walaupun mengikuti program pengajian yang ketat dengan berbagai keperluan, namun latar diri beliau sarat dengan berbagai aktiviti kemahasiswaan, termasuk sebagai Presiden Persatuan Pelajar Pergigian Malaysia untuk dua sesi 2022/2023 dan 2023/2024. Jika dilihat kepada senarai penerima anugerah utama lain bagi majlis konvokesyen kali ini, corak yang sama akan dapat dilihat pada latar diri mereka. Semoga ianya akan menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain di masa akan datang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga yang terlibat dalam menyedia, mengurus dan mengawal selia perjalanan program pembangunan pelajar di USIM, terutama dalam kalangan pegawai dan kaki tangan kluster Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) berkaitan 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 4 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=