Buletin HEPA 2024

Seramai 14 orang pelajar dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menjadi kumpulan pelajar universiti awam pertama yang menganjurkan program libatsama masyarakat di Switzerland melalui pengembaraan USIM Global Islamic Student Outreach (GISO). Pengembaraan yang dibimbing oleh Puan Nur Farhana Sulaiman selaku pegawai pengiring ini mengangkat tema Unravelling Essence: Hello Swiss menekankan kepentingan pembangunan modal insan melalui aktiviti kesukarelawanan. Ini melibatkan program libatsama masyarakat, pemindahan ilmu, pertukaran budaya dan kelestarian alam. Objektif utama pengembaraan ini adalah untuk memperluaskan kemahiran sosial pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk menjadi agen perubahan dalam memajukan masyarakat Islam di peringkat antarabangsa di samping mempromosikan nama USIM di persada dunia. Program antarabangsa ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pelbagai pihak seperti Swiss Muslim Hikes, EHL Business School Lausanne, University of Bern Counseling Center, Groupe Musulman Universitaire (GMU) dan Mosque De Lausanne. Masjid Lausanne merupakan sebuah masjid yang aktif mempromosikan sains dan Islam seiring dengan aspirasi USIM yang mengetengahkan pendidikan sains Islam. Antara momen yang paling membanggakan dalam program ini adalah ketika memperkenalkan makanan dan permainan tradisional Melayu yang berjaya memikat hati komuniti tempatan. Di puncak Les Avants dan di Swiss Federal Institute of Technology in Lausanne, para peserta tempatan dihidangkan dengan sajian autentik seperti nasi lemak, lemang, dan rendang. Hidangan-hidangan ini bukan sahaja memuaskan selera, malah menjadi medium pertemuan budaya yang menonjolkan keunikan Malaysia. Komuniti Switzerland menyambut keenakan dan keaslian masakan ini dengan penuh keterujaan, mencetuskan perbualan hangat tentang kekayaan dan kepelbagaian budaya Malaysia. Sambutan luar biasa ini membuktikan bagaimana makanan boleh berfungsi sebagai jambatan penghubung antara budaya, seterusnya memupuk hubungan persahabatan yang lebih erat. Di University of Bern Counseling Center, para pelajar USIM turut mengambil bahagian dalam sesi pertukaran idea yang menarik mengenai kaedah pengurusan kesihatan mental. Perbincangan ini membuka mata kedua-dua belah pihak terhadap perbezaanpendekatanyangdiamalkandi Switzerland dan Malaysia. Walaupun kaedah pengurusan mungkin berbeza, kedua-dua negara berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk memastikan kesejahteraan mental masyarakat terjaga. Dialog intelektual ini bukan sahaja menjadi satu ilmu baru malah turut memperluas perspektif mereka terhadap isu global yang kritikal. Program GISO ini telah memberi impak yang besar kepada para peserta yang merasakan pengalaman luar biasa dalam aspek pendidikan dan sosial. Menurut Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, “Program GISO sangat unik dan berimpak tinggi dalam membina modal insan masa depan. Penilai luar memuji pendedahan luar biasa yang diberikan kepada pelajar, menghubungkan pengetahuan, keterbukaan, dan kelangsungan hidup. Ia juga mengasah kemahiran penajaan dan pengurusan projek yang kritikal.” Komuniti Switzerland memberikan sambutan yang sangat positif terhadap program ini. Mereka teruja dengan semangat mahasiswa USIM yang memperkenalkan nilai-nilai Islamsecara harmoni dan mengekalkan jati diri Malaysia. Masyarakat tempatan turut menyatakan kekaguman terhadap inisiatif kumpulan mahasiswa ini dalam menjalin hubungan persahabatan yang merentasi sempadan. Harapan yang tinggi disuarakan agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan, membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama antarabangsa yang lebih erat seperti membuka ruang kepada universiti untukmembina jaringan rakan strategik. Penganjuran program ini turut mendapat tajaan daripada beberapa agensi dan syarikat seperti Talent Corp, Akrab Padu, AZ Printing dan Radiant Exclusive. Sukarelawan USIM membantu seorang warga emas ketika aktiviti libatsama Masyarakat bersama penduduk tempatan di Bern USIM, UNIVERSITI AWAM PERTAMA MALAYSIA MENAWAN HATI KOMUNITI SWITZERLAND 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 39 Menerajui Integrasi Ilmu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=