Buletin HEPA 2024
SOROTAN GISO PERDANA USIM 2024: MENCARI IBRAH KE SELATAN THAILAND Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melakar sejarah dengan menganjurkan program Global Islamic Student Outreach (GISO) Perdana 2024, bertemakan “Mencari Ibrah ke Selatan Thailand”. Program ini berlangsung selama seminggu, dari 4 hingga 11 Ogos 2024, dan melibatkan penyertaan 121 pelajar serta delegasi universiti, termasuk Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan lima pegawai pengiring. Perjalanan Bermula Pada 4 Ogos, konvoi empat buah bas bertolak dari USIM menuju ke destinasi yang telah ditetapkan di Thailand. Setiap kumpulan pelajar ditempatkan di lokasi strategik bagi menjalankan program: i. Ban Blukaseno – 30 pelajar menjalani program bersama keluarga angkat. ii. Yala Rajabhat University (YRU), Fatoni University (FTU), dan Prince of Songkhla University (PSU), Pattani – Masing-masing 30 pelajar bergiat aktif dengan aktiviti akademik dan komuniti bersama pelajar tempatan. Memperkasa Hubungan Akademik dan Alumni Pada 6 Ogos, PSU Pattani menjadi tuan rumah bagi dua program utama: i. Majlis Ramah Mesra GISO Perdana USIM yang mengeratkan silaturahim antara pelajar dan wakil institusi. ii. Pelancaran Alumni Chapter Thailand, disertai oleh lima alumni USIM di Thailand. FTU turut mengadakan sesi ramah mesra yang melibatkan 30 pelajar tempatan, memperlihatkan kesepaduan dalam memupuk hubungan antarabangsa di kalangan pelajar. Bakti Komuniti Aktiviti kemuncak diadakan pada 7 Ogos di Ban Blukaseno dengan Majlis Penutupan GISO Perdana USIM yang turut menyaksikan penyampaian Bakul Rahmah kepada 30 keluarga tempatan. Selain itu, 25 keluarga angkat memainkan peranan sebagai tuan rumah bagi para peserta sepanjang program. Mengukuh Kerjasama Institusi Pada 8 Ogos, pertemuan strategik telah berlangsung di Princess of Naradhiwas University (PNU) antara delegasi USIM dan pihak pengurusan universiti tersebut. Sesi ini disusuli dengan sesi ramah mesra bersama pengurusan YRU dan PSU Hatyai, yang bertujuan merintis peluang kerjasama akademik dan penyelidikan. 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 37 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=