Buletin HEPA 2024
Peringkat Kebangsaan sebanyak sembilan kali dan lapan kali sebagai johan tilawah al-Quran di peringkat antarabangsa. 5. Bagaimanakah bidang taranummembantu untuk membina keyakinan diri, dan apakah dorongan untuk terus bertahan serta menjadikannya sebagai kerjaya pilihan? Al-Quran adalah kalam Allah SWT sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia. Sebagai hamba-Nya, kita bertanggungjawab untuk menyampaikan wahyu-Nya dengan kaedah, saluran dan disiplin yang betul. Seperti pepatah Melayu yang mengatakan, “Berguru ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki,” yang membawa maksud, jika kita ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan penuh kesungguhan, jangan sekadar separuh jalan. Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi, saya berusaha untuk menggabungkan ilmu yang saya pelajari untuk terusmajudalamapayangsaya lakukansekarang. Secara tidak langsung, ia telah membentuk kerjaya saya dalam bidang pengajaran taranum. 6. Apakah disiplin dan amalan yang perlu diterapkan oleh seseorang untuk mendalami dan berjaya dalam bidang taranum? Pertamanya harus mempunyai guru. Perlu ada guru untuk membimbing semasa talaqi (perjumpaan antara murid dengan guru). Displin merupakan kunci utama dan sentiasa buka hati untuk menerima ilmu yang diajar oleh guru. Pentingnya berguru supaya potensi suara kita dapat dibentuk dengan baik dan harus diingat bahawa pembelajaran ini tidak mengambil masa yang singkat. 7. Bagaimanakah seseorang qari dapat tampil berbeza dan unik, serta membezakan dirinya daripada yang lain dalam bidang taranum? Sebagai seorang qari, apabila kita mengaji atau membaca al-Quran, apakah yang membezakan kita? Bagaimana kita boleh memberi manfaat atau nilai tambah kepada orang lain? Salah satu cara ialah dengan menambah pengisian dan penghayatan dalam setiap ayat al-Quran yang kita baca. Kita tidak hanya sekadar membaca, tetapi kita menerangkan maksud dan tafsiran ayat-ayat tersebut kepada pendengar. Dengan cara ini, bukan sahaja bacaan al-Quran yang kita sampaikan, tetapi juga pemahaman, penghayatan dan kisah di sebalik setiap ayat tersebut dapat memberikan kesan mendalam kepada audien. Mereka tidak hanya mendengar, tetapi juga merasai dan menghayati setiap mesej yang disampaikan. 8. Apakah kenangan pahit yang pernah dialami dalam perjalanan kerjaya ini? Pada tahun 2019, saya menyertai Tilawah Al- Quran peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan sebagai tuan rumah. Alhamdulillah, bacaan saya adalah yang terbaik sepanjang penyertaan khususnya di peringkat kebangsaan. Namun, dengan yakinnya saya berhenti sebelum loceng keduaberbunyi tanpamenyedari bahawa tindakan itu akan memberi kesan kepada pemarkahan. Saya tidak tahu bahawa skema permarkahan menetapkan satu markah dari aspek tajwid, taranum, suara, dan fasohah akan dikurangkan satu markah jika berhenti terlalu awal. Akibatnya, markah saya ditolak dan saya hanya mendapat tempat ke empat, walaupun sepatutnya boleh menjadi juara. Ulasan hakim turut menyebut tentang seorang qari yang berhenti terlalu awal dan ianya merujuk kepada saya. Dari kesilapan ini, saya belajar tentang syarat penjurian dan ilmu baharu dalam pertandingan tilawah. 9. Apakah kenangan manis atau pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkecimpung dalam bidang ini? Pertamanya adalah pada bulan Februari 2024 saya menyertai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Qatar. Saya pergi sendiri dan alhamdulillah saya amat bersyukur memperoleh naib johan. Saya memang tidak menjangka kemenangan ini kerana pemilihannya itu agak ketat. Malah yang lebih menggembirakan saya apabila dimaklumkan bahawa para juri sangat suka dengan bacaan saya dari sudut tajwid dan taranumnya. Dengan kemenangan ini sekali gus saya mengharumkan nama Malaysia menerusi Majlis Anugerah Katara untuk Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke-7, tahun 2024 di Doha. Namun kenangan paling meninggalkan kesan di hati adalah diumumkan sebagai johan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2024. 10. Apakah impian dan cita-cita dalam bidang taranum pada masa akan datang? Impian saya dalam bidang ini adalah untuk terus mengembangkan ilmu yang saya miliki dan berkongsi pengetahuan tersebut dengan mereka yang memerlukan. Sebenarnya, ramai anak muda yang berpotensi besar dalam bidang taranum dan tilawah ini. Saya berhasrat untuk melatih dan mendidik generasi muda Malaysia agar menjadi pembaca al-Quran yang bukan hanya mahir dalam taranum, tetapi juga fasih dalam makhraj, tajwid dan sifat huruf. Dengan itu, dapat melahirkan lebih ramai qari dan qariah sejati di 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 13 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=