Buletin HEPA 2024
“Nak Jadi Guru Mengaji”: Husaini Tekad Sebar Ilmu Al-Quran 1. Kongsikan pengalaman dan lima pencapaian paling berharga sepanjang berada di USIM Semasa bergelar pelajar di USIM, saya terlibat dalam kumpulan taranum, teater dan muzik moden di bawah Pusat Kebudayaan. Dari situ telah banyak mendedahkan saya tentang ilmu taranum dan mendapat bimbingan bersama jurulatih Dr. Anuar Hasin secara berterusan hingga kini. Pencapaian yang diperoleh ketika pengajian di USIM, antaranya Johan Tilawah Al- Quran Peringkat Asia 2013. Kemudian mendapat tempat ke tujuh Tilawah Al-Quran yang diadakan di Iran pada tahun 2015. Meraih tempat ke tiga Tilawah Al-Quran Majlis Kebudayaan Universiti- universiti Malaysia (MAKUM) seterusnya pada tahun 2014 dinobatkan sebagai Johan Marhaban Peringkat IPTA dan Johan Tilawah Al-Quran IPTA yang diadakan di Muzium Kesenian Islam . 2. Mengapa memilih bidang taranum sebagai kerjaya? Sejak kecil daripada umur sepuluh tahun, saya telah didedahkan dengan ilmu taranum. Minat kepada bidang ini semakin mendalam apabila bapa saudara saya sering mendedahkan saya dengan ilmu-ilmu taranum. Kesungguhan untuk mempelajari semakin menebal kemudian diasah lagi dengan guru-guru yang ada termasuk pakar rujuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ditambah pula dengan dorongan keluarga yang memberi galakan untuk saya menyertai pertandingan tilawah al-Quran di pelbagai peringkat. Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Husaini Mahmur, telah melakar sejarah negara sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila dinobatkan Johan Qari di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTQHA) Ke-64 Tahun 1446/2024 pada 12 Oktober 2024. Anak sulung daripada lima beradik dan dilahirkan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan merupakan graduan Fakulti Pengajian Bahasa Utama dalam jurusan Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi pada tahun 2016. Husaini kini menggalas peranan sebagai USIM Influencer dan Ikon Seni USIM. Ikuti temu bual bersama beliau sempena terbitan khas Buletin HEPA Edisi Konvokesyen USIM Ke-22. 3. Apa yang menarik tentang bidang ini dan apakah tip yang boleh dikongsikan untuk menjadi qari yang berjaya? Oleh kerana kita bekerja dengan ‘suara’ sebagai aset utama, maka ianya menjadi tanggungjawab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Antara petua untuk menjadi qari qariah salah satunya ialah menjaga pemakanan. Kepada mereka yang baru bermula dalam bidang ini seeloknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, pedas dan minuman yang berais. Ianya penting untuk membantu kelancaran suara kerana latihan tingkatan suara ini dipengaruhi oleh penafasan kita. Misalnya jika dulu mungkin nafas kita pendek, sekarang nafas kita lebih panjang dengan menggunakan teknik tersebut. Selain itu, digalakkan juga melakukan aktiviti bersukan untuk meningkatkan stamina tubuh. 4. Siapakah guru ataumentor yangmenjadi rujukan utama dan inspirasi dalam bidang taranum? Saya amat bertuah kerana mempunyai ramai guru menjadi rujukan. Antara guru saya ialah Ustaz Amir Rahman Abbas, Dr. Anuar Hasin daripada USIM, Ustazah Suraya, Ustazah Nurmalina dan ramai lagi. Mereka ini mempunyai banyak pengalaman dan telah merangkul Johan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bukan ini sahaja sebenarnya ramai lagi yang menjadi rujukan saya dalam taranum. Manakala, tokoh yang memberi inspirasi adalah Allahyarham Dato’ Haji Ismail Hashim. Beliau merupakan qari ulung negara yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari JEJAK ALUMNI 2024 HEPA EDISI KHAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Buletin 12 Menerajui Integrasi Ilmu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=