Buletin HEPA 2023

GRADUAN TERBILANG MUHAMMAD ISYRAQ HUSAINI BIN MULIADI BIOGRAFI M uhammad IsyraqHusaini binMuliadi merupakan seorang lagi penerima AnugerahDiraja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-21 Universiti Sains IslamMalaysia. Merupakangraduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian. Dilahirkan di Pontian, Johor pada 21 Jun 2000 dan kemudiannya menetap di Bandar Country Homes, Rawang dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Penerima biasiswa Kerajaan Negeri Selangor ini juga gemar membaca dan menulis puisi ketika waktu lapang. Beliau yang kini berkhidmat sebagai Felo Perdana kepada Yang Berhormat Senator Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri tidak menghalang kesungguhanmelanjutkan pengajiannya sebagai pelajar Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) dalam Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di USIM secara separuh masa. Bercakap tentang impian hidupnya, Isyraq yang merupakan pemilik Bintang zodiak Cancer ini menyatakan bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Ketua Hakim Syarie. “Kerana badan kehakiman adalah entiti penting dalam pembentukannegara yang sejahtera dan pastinya ia bergantung kepada tangan yang amanah memegang kuasa, adil mengagih harta, hikmah memimpin takhtanamunandai tanganyangsama ini disalahguna, iamenjadi perangkap yang membinasa ketamadunan manusia”. Menyentuh tentang rahsia kejayaannya selama ini, Isyraq berkongsi motto kehidupan yang tidak pernah dilupakan dalam setiap perkara yang dilakukannya. “Bangsa membaca adalah bangsa berjaya”. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN  Sedang melanjutkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie Universiti Sains Islam Malaysia  Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PNGK 3.82  Tamhidi Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia PNGK 3.75  Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam 6A PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN  Program Mobiliti Pelajar Universiti Serantau ASEAN 2023 Brunei Darussalam, Jun-Julai 2023  Presiden Urusetia Rekacipta dan Inovasi Sesi Akademik 2022/2023  Setiausaha Agung Kelab Debat Sesi Akademik 2022/2023  Exco Akademik dan Pembangunan Bahasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang Sesi Akademik 2022/2023  Unit PerhubungandanPublisiti Media Batch 11 Felo Perdana 2023  Pengarah Per tandingan Debat Antirasuah Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2022 9 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=