Buletin HEPA 2023
        
 GRADUAN TERBILANG AUFA ABDULLAH BIOGRAFI A ufaAbdullahmerupakansalahseorang penerima Anugerah Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen kali ke-21 Universiti Sains IslamMalaysia. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1 Februari 2000, beliau merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Mendapat pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dan kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat asasi sebagai pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi di USIM sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Sains Komputer dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat di Fakulti Sains dan Teknologi, USIM.  Penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam ini juga gemar melayari internet ketika waktu lapang. Beliau kini berkhidmat sebagai Security Analyst secara sepenuh masa di NetbyteSEC Sdn. Bhd. Nilai, Negeri Sembilan. Kesibukan rutin hariannya kini tidak menghalang dirinya untuk menumpahkan tenaga sebagai salah seorang pendidik di Akademik Al-Quran Ar-Rayyan secara separuh masa. Apabila disoal tentang impian hidup, pemilik Bintang zodiak Aquarius ini menyatakan bahawa beliau bercita- cita untuk menjadi pakar dalam bidang keselamatan siber pada suatu hari nanti. Menyentuh tentang rahsia kejayaannya selama ini, Aufa berkongsi motto kehidupan yang tidak pernah dilupakan dalam setiap perkara yang dilakukannya. “Setiap hari adalah peluang untuk menjadi lebih baik. Letak Allah yang pertama, insyaAllah semuanya baik- baik sahaja”. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN  Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (KeselamatandanJaminanMaklumat) dengan Kepujian Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) PNGK 3.90  Tamhidi Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia PNGK 3.15  Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah. 7A PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN  Presiden KPMG USIM Ambassador  Global Islamic Students Outreach (GISO), Seoul Korea  Delegasi bagi 11 th University Scholars Leadership Symposium di United Nations Bangkok  Atlet USIM untuk Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) bagi sukan bola jaring  Misi Sukarelawan Banjir, Kemaman Terengganu  Panel slot sembang kampus bagi Jaulah Kesukarelawanan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIMdi SMKA Sheikh Abdullah Fahim  Petugas Fasiliti Kuarantin Rawat COVID-19 (FKRC) USIM  Panel jemputan bagi Bengkel Adobe Photoshop anjuranprogram Cyberfest 2023  Pembantu Urusetia Kemasukan Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 6
        
         Made with FlippingBook 
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=