Buletin HEPA 2023

Lebih menarik, kedua-dua siri buku ini mamaparkan visual bergambar, latihan huruf tunggal dan huruf bersambung tulisan jawi untuk ditulis semula oleh kanak-kanak. Bersesuaian dengan kumpulansasarankanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, buku ini menampilkan keunikan inovasinya dengan disertakan kod QR untuk diimbas oleh pengguna bagi melihat video demonstrasi penulisan khat nasakh untuk diikuti oleh kanak-kanak. Istimewanya produk ini hasil lukisan pelajar dan penulisan khat oleh alumni USIM. Kit Mahir Khat dan Jawi didatangkan bersama sebuah pensel khat dan pensel warna bertujuan menjaga kelestarian teknik seni khat dan jawi yang harus dikongsi bersama masyarakat. Melalui latihan penulisan ini diharapkan mampu membimbing masyarakat khususnya kanak-kanak untuk memperbaiki serta meningkatkan minat dan pengetahuan untuk menghayati tulisan jawi yang diindahkan dalam bentuk seni khat. Pada acara yang sama, segmen Wawancara Sofa Putih turut diadakan dengan menampilkan panel oleh PengarahPusat KebudayaanUSIM, Ismail Ahmed, Husaini Mahmur merupakan salah seorang qari album USIM Taranum 5 Juara dan Pengurus Kandungan Kreatif buku Kit Mahir Khat dan Jawi Muhammad Zarihi Nubhan Abdul Rahman. Wawancara bertajuk Produk Seni Menyubur Rohani Menjulang Masyarakat MADANI ini membicarakan penghasilan produk seni yang mesra kepadapelbagaigolongandankumpulan sasar dan rujukan kepada generasi akan datang. Turut hadir sama dalam majlis pelancaran buku ini adalah pengurusan universiti, Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah, penulis buku, jemaah kreatif yang terlibat dalam penerbitan produk , wakil masyarakat Kuala Pilah dan pelajar USIM. 57 Buletin HEPA 2023 GRADUAN USIM PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=